PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge, telah menyertai West Brom secara pinjaman sepanjang baki musim ini.
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berhempas-pulas untuk memulakan musim ini dengan baik, dengan Roberto Firmino membuktikan kemampuannya sebagai pilihan tetap di bahagian depan Liverpool di bawah jurulatih, Jurgen Klopp.
Sturridge memulakan tugas bersama pasukan kebangsaan England kendalian Gareth Southgate sebagai pilihan pertama, tetapi kekurangan masa bermain di peringkat kelab mendorongnya untuk mencari pasukan baru, dengan Piala Dunia di Russia menantinya di depan.
Skuad Baggies menang 3-2 di Anfield untuk menyingkirkan Liverpool daripada Piala FA kelmarin dan Sturridge sedia untuk baki perlawanan West Brom dalam kejohanan itu selepas tidak digunakan dalam pusingan ketiga atau keempat oleh kelab induknya.
Bekas pemain muda Manchester City itu juga pernah bermain untuk Chelsea, Bolton Wanderers dan mempunyai rekod mengagumkan dengan 74 gol Liga Perdana dalam 114 perlawanan awal dalam kerjayanya yang turut diganggu dengan masalah kecergasan.
Skuad Alan Pardew berkunjung untuk menghadapi pemimpin liga, Manchester City, pada Khamis ini dan diundi bagi menjadi tuan rumah menentang Southampton dalam pusingan kelima Piala FA.
Sturridge yang dilahirkan di Birmingham kini menjadi pemain kedua West Brom, selepas ketibaan pemain Mesir Ali Gabr dari Zamalek , dan dia gembira berada di rantau asalnya.
"Ini dirasai yang sepatutnya," kata Sturridge kepada laman web rasmi West Brom.
"Saya mempunyai kawan-kawan di sini yang pernah bermain bersama sebelum ini, pengurus bercakap dengan baik, cabaran dengan pasukan dan gaya permainan... Saya rasa ini adalah yang sesuai untuk saya."
Pardew menambah: "Ini adalah kejayaan besar bagi kami. Saya bercakap bagi kakitangan dan pemain saya, terima kasih Daniel kerana bersetuju membantu kami dalam liga dan piala.
"Dia mempunyai bakat yang hebat dan akan menguatkan cita-cita kami dalam dua pertandingan."
Walaupun mengambil empat mata daripada dua perlawanan terakhir mereka, West Brom menduduki tempat kedua terbawah dan tiga mata di bawah zon selamat.
Astro Arena
Tue Jan 30 2018
Sturridge pernah bermain untuk Chelsea, Bolton Wanderers dan mempunyai rekod mengagumkan dengan 74 gol Liga Perdana dalam 114 perlawanan awal dalam kerjayanya yang turut diganggu dengan masalah kecergasan. - Foto Astro ARENA
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sturridge ke West Brom secara pinjaman
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berhempas-pulas untuk memulakan musim dengan baik, dengan Roberto Firmino membuktikan kemampuannya sebagai pilihan tetap di bahagian depan Liverpool.